Thursday, May 8, 2008

What is MIBO? (explanation in Malay)

Artikel ini diambil sepenuhnya dari newsletter Dr. Irfan Khairi

Sejak awal tahun ini, program keusahawanan MIBO mendapat sambutan
yang amat hebat. Ramai telah menjadi usahawan MIBO dan memulakan
perniagaan secara separuh masa dan juga sepenuh masa. Email kami
kali ini untuk memberi anda gambaran yang ringkas, apakah yang
dimaksudkan dengan MIBO.

Klik link di bawah untuk melihat klip Berita Bernama Irfan Khairi
sebagai Duta MIBO...

http://www.irfankhairi.com/blog/mibo/

Apa itu MIBO?
=============

MIBO bermaksud "Malaysian Independent Business Ownership" atau
"Program Keusahawanan Berdikari Malaysia"

Dengan menyertai MIBO, anda akan menjadi PEMILIK PERNIAGAAN dan
anda boleh menjalankan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan
dari rumah anda atau dari sebuah kedai- pilihannya ditangan anda.

Apakah perniagaan MIBO?
=======================

Perniagaan MIBO membolehkan anda menjual semula produk-produk ICT
dan kewangan berjenama hebat di Malaysia,buat masa ini termasuk:

-ASTRO
-STREAMYX
-MAXIS
-IZZI 4G
-TM SMART CALL
-J & C PACIFIC VOIP
-MBF CREDIT CARD

Bagaimana MIBO berbeza dengan program keusahawan ICT yang lain?
==============================
Kekuatan MIBO terletak pada ssstem komisyen dimana ia membayar
komisyen PENUH kepada pemilik perniagaan- iaitu ANDA. Tidak seperti
agen-agen produk dan perkhidmatan ICT secara konvensional di mana
komisyen dipotong untuk bayaran pengedar dan agen. Melalui MIBO,
anda adlaah pemilik perniagaan dan bukan pengedar atau agen- oleh
sebab itu anda menerima komisyen penuh.

Contoh: secara konvensional, agen Streamyx menerima 150% komisyen.
Tetapi, pemilik perniagaan MIBO menerima 240% komisyen. (100%
komisyen diberi terus kepada anda tanpa dibahagikan kepada orang
tengah lain).

Apakah manfaat kepada saya?
===========================

-Produk dan perkhidmatan di bawah MIBO adalah berjenama hebat di
Malaysia dan sedia mempunyai permintaan yang tinggi. Menjual
sesuatu yang sedia dikenali adalah jauh lebih mudah berbanding
dengan menjual sesuatu yang tidak popular.

-Tidak seperti program keusahawanan ICT lain, sistem komisyen penuh
akan memberi komisyen yang tertinggi kepada pemilik perniagaan
MIBO. Ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan perniagaan anda.

-Dengan MIBO, perniagaan anda mempunyai bukan satu sahaja, tetapi
berbagai-bagai produk dan perkhidmatan jenama utama Malaysia. Ini
memberi anda aliran pendapatan berganda. (Multiple streams of
income)

-Antara produk dan perkhidmatan MIBO memberi pulangan berulang.
Pulangan berulang memberi anda keuntungan setiap bulan dengan hanya
melakukan kerja satu kali sahaja. (Residual income)

-Untuk mendapat hak reseller secara individu kesemua produk dan
perkhidmatan di atas, modal yang diperlukan adalah beratus ribu
ringgit. Melalui MIBO, anda boleh memulakan perniagaan ICT dengan
modal yang amat rendah.

Saya ingin mengetahui lebih lanjut, bagaimana?
==============================
================
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, hubungi Shah di 016-6966644

No comments: